12 March 2014

Maksud reka bentuk industri

Assalamualaikum ,salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada para pembaca. 

Bidang Rekabentuk Industri merupakan bidang yang jarang didengari di Malaysia,  ianya adalah salah satu cabang seni rekabentuk yang sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia cuma jarang didengari berbanding cabang seni seperti rekabentuk grafik dan fesyen . Kat sini saya nak intro lah sedikit sebanyak berkenaan rekabentuk industri

Apa itu Industrial design ?

Rekabentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian. Ianya ciri yang ada pada barang siap dan merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.
Atau lebih jelas lagi ada pemahaman saya la, bidang rekabentuk industri adalah satu cabang pemikiran di mana seseorang harus berfikir luar daripada kotak untuk menghasilkan satu produk yang mampu memenuhi kehendak pengguna dan menepati ciri-ciri ergonomik . Seorang perekabentuk industri harus peka dalam permasalahan produk di pasaran  dan cuba mencipta satu produk baru yang mampu menyelesaikan permasalahan tersebut, menarik tak?

Nak jadi Industrial designer sebenarnya perlu ada banyak pengetahuan , sebab tu step pertama dalam nak menyelesaikan permasalahan mestilah menerusi kajian. Kemudian lepas kajian, korang dah boleh start sketch idea, dan kemudian kembangkan idea dan selepas melalui banyak proses rejection yang menyakitkan hati barulah boleh mula buat mock up model atau dikenali sebagai model prototype , dalam proses ni pun sekali lagi jiwa raga korang akan diuji dengan proses pemilihan dan rejection, tapi kalau korang memang buat dengan bersungguh-sungguh dan sempurna hasilnya ...semua tu tak jadi hal pun.. n last skali lepas model korang dah diterima yiiii..hhaa  korang dah boleh start hasilkan produk korang. 


Di Malaysia, rekabentuk perindustrian dilindungi di bawah Akta Reka bentuk Perindustrian 1996 dan Peraturan- peraturan Reka bentuk Perindustrian 1999. Akta ini memberikan perlindungan kepada reka bentuk perindustrian kepada reka benduk perindustrian berdaftar sebagai harta persendirian yang boleh dibuat melalui penyerah hak.

p/s : blog ni sebenarnya dihasilkan sebab saya rasa bidang rekabentuk industri agak Rare dan tak popular oleh rakyat Malaysia, dan sebelum saya mengambil keputusan untuk ke Politeknik pun saya banyak google pasal Rekabentuk Industri dan blur pasal bidang ni... kepada senior2/student/Industrial designer tempatan yang membaca blog saya boleh komen dan beri cadangan yang membina.
bersama-sama kita meneroka dan mencapai kejayaan dalam bidang ini :)

1 comment:

  1. baguslah entry ini..semoga bole la cerahkan lagi apa itu ide pada rakyat malaysia am nya.. jikalau tgh study lagi tu rajin2 la post work in progress k. ide poliJB mmg bagus dlm furniture design, teruskan berkongsi idea dan hasil rekaan :)

    ReplyDelete