21 March 2014

Hasil Kerja Semester 3 "Pentable" (Pentagon Coffee Table)



Pentable (pentagon Coffee Table)



Assalamualaikum, post kali ni saya nak kongsi pasal design Coffee Table yang saya reka semasa semester 3 di Politeknik Premier Ibrahim Sultan , apa pendapat korang tentang meja ni? simple je kan... simple2 pun kos pembuatannya agak mahal.. saya yang buat part time job pun tak sempat nak merasa gaji dek nak menanggung belanja pembuatan meja ni.. anyway alhamdulillah semester 3 dah pun berakhir... dan meja ni dah siap dengan jayanya... 


disebabkan bentuk segi empat sangat mainstream dekat pasaran, so saya cuba bentuk pentagon sebagai subjek asas dalam rekabentuk meja ni. Warna hitam putih pula dipilih bagi menonjolkan elemen elegan dan simple. ruangan bawah meja direka khas bagi memudahkan pengguna meletakkan bahan bacaan untuk tetamu di ruang tamu


Hasil yang telah disiapkan

Yang NI pula adalah contoh hiasan yang boleh diletakkan di atas meja.. abaikan latar belakang.. (rumah bujang memang bersepah sikit)

Harap semester akan datang dapat buat produk yang lebih baik

AMIN


No comments:

Post a Comment